Thursday, May 7, 2009

Mama..Mak..Mama

Mak.. Bonda.. Ibu.. Mama.. Umi..
x kira ape pun panggilan buat kamu..
Aku amat menyayangi kamu..
aku sayang kamu..
itu ucapan yang x pernah lahir dari mulutku buat kamu..
tapi hakikatnya aku amat menyayangi kamu..
cuma aku x mampu nak luahkan melalui kata2.. biarlah ia sekadar di jiwa..
Mak..
Hidup aku pasti akan sunyi tanpa kamu..
Hari-hari yang aku lalui akan suram tanpa leteran kamu..
Aku pasti akan rindukannya...
Mak..
Kamu adalah segalanya bagi aku..
Kamu teman tatkala aku menangis..
kamu juga teman tatkala aku gembira..
kamu juga teman untuk aku berkelahi..
aku bahagia punya kamu sebagai ibu ku..
Mak..
Aku x pernah kisah sekiranya hari2 yang aku lalui penuh dengan leteran kamu..
"Along jangan buat itu.. kamu perempuan"
"Kan mak dah kate.. degil lagi.. melawan lagi.. x elok kan"
"Mak cakap sebab mak sayang kamu.. kamu anak mak.."
"Makanlah.. nnt lapar.. sakit perut.. sape susah"
"Apsal x bangun lagi nie.. dah pukul berapa.. nak jadi aper nie !!!"
Mak..
Aku hargai setiap apa yang kau ucapkan walaupun ianya sekadar leteran..
tapi aku tahu itu tandanya kamu amat menyayangi aku..
Mak aku sayang sangat pada kamu..
Kamu adalah anugerah yang terindah yang pernah aku miliki..
Kamu adalah permata hidupku..
Terima kasih atas segalanya.. Mak..
Semoga hidup yang akan aku lalui..
lebih sempurna dengan adanya Mak..

Wednesday, May 6, 2009

Keluh Kesah Seorang Anak Mama

suatu hari, di sebuah supermarket, aku melihat seorang gadis cantik dengan rambut perang. Aku iri hati melihatnya. Dia nampak begitu ceria, dan kuharap aku pun sama. Tiba-tiba dia terhuyung-huyung berjalan. Dia mempunyai satu kaki saja, dan memakai tongkat kayu. Namun ketika dia melintasiku - dia tersenyum.

Oh Tuhan, maafkan aku bila aku mengeluh, aku punya dua kaki, dunia ini milikku. (truknya aku)

Aku berhenti untuk membeli surat khabar di pagi hari..seperti ayah lakukan setiap ari nya... Anak laki-laki penjualnya begitu girang.

Aku berbicara padanya. Dia nampak begitu gembira. Seandainya aku terlambat, tidaklah apa-apa. Ketika aku pergi, dia berkata, “Terima kasih. Hang sudah begitu baik, menyenangkan apabila berbicara dengan orang seperti hang, Lihat saya buta.”

Oh Tuhan, maafkan aku bila aku mengeluh, aku punya dua mata, dunia ini milikku.

Lalu, sementara berjalan. Aku melihat seorang anak dengan bola mata biru. Dia berdiri dan melihat teman-temannya bermain. Dia tidak tahu apa yang bisa dilakukannya. Aku berhenti sejenak, lalu terpikir, “Mengapa dia tidak bermain dengan yang lain ?” Dia memandang ke depan tanpa bersuara,lalu aku tahu dia tidak bisa mendengar.

Oh Tuhan, maafkan aku bila aku mengeluh, aku punya dua telinga, dunia ini milikku. (terasa semakin x bersyukurnya aku)

Dengan dua kaki untuk membawa aku ke mana saja yang aku mau.
Dengan dua mata untuk memandang matahari terbenam.
Dengan dua telinga untuk mendengar apa yang ingin kudengar.

Oh Tuhan, maafkan aku bila aku mengeluh, terima kasih Tuhan untuk apa yang sudah engkau berikan padaku.

Terima Aku Seadanya

Maafkan ku kerna tak dapat memberikan apa-apa, kerna semua yang ada padaku dan yang menjadi milikku adalah milik Allah,
Namun yang mampu ku berikan adalah kejujuran, ketaatan, keikhlasan, kebahagiaan dan ketenangan bersamamu dlm menuju redho ILAHI,selagi nadiku masih bernafas di dunia hingga ke syurga...

Tidak Ku impi…..

Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,

Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,

Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,

Aduhai bakal suamiku... ... .
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…


p/s:Mr Y..kalu kamOo bca...mmg entri nie khas utk kamoO...luv u syg!!